Assalamualaikum. Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai proses dalam permohonan Pinjaman Perumahan. Anda boleh melayari laman web LPPSA untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Bagi rumah idaman saya, saya telah memilih Pinjaman Perumahaan LPPSA dan dalam entry ini saya akan menceritakan pengalaman saya dalam memohon Pinjaman Perumahan dari Lembaga.
Borang permohonan pinjaman diisi sepenuhnya oleh saya dan saya juga menyediakan maklumat dan dokumen sokongan seperti diperlukan oleh permohonan tersebut. Saya mengisi borang permohonan pinjaman perumahan ini secara online melalui website LPPSA melalui pautan Permohonan Online & Semakan Pinjaman. Pendaftaran ID baru perlu dibuat sekiranya anda baru pertama kali ingin membuat permohonan. Pendaftaran boleh dibuat sendiri atau dibuat oleh peguam. Selepas borang dilengkapkan, saya mencetak borang tersebut untuk pengesahan majikan.
Segala borang diserahkan kepada majikan. Majikan perlu mengesahkan 3 salinan borang pemohonan dan dokumen sokongan. Satu salinan akan disimpan oleh majikan, satu salinan diserahkan kepada JPPH dan satu salinan akan dihantar ke BPP. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis pinjaman yang dipohon. Setalah borang diisi, satu pautan iaitu Muat Turun Senarai Semak Pinjaman boleh diakses dan ia menerangkan dokumen yang diperlukan. Setelah majikan mengesahkan dokumen tersebut, saya telah mengirim kembali 2 salinan dokumen (untuk JPPH dan BPP) yang telah disahkan oleh majikan kepada peguam saya.
Saya dimaklumkan peguam saya telah mengirim salinan dokumen tersebut ke JPPH dan LPPSA secara berasingan. Anda boleh menyemak status pemohonan anda di laman web JPPH dan LPPSA. Pada asalnya status permohonan saya dilaman web LPPSA adalah baharu dan selepas itu status permohonan akan kekal sebagai Kuiri selagi pihak JPPH masih belum menghantar maklumbalas mengenai penilaian tanah yang ingin didirikan. Status penilaian oleh JPPH boleh disemak melalui laman web JPPH..
Sehingga hari ini, pihak BPP baru sahaja menerima maklumbalas dari JPPH. Jadi sebenarnya proses permohonan saya masih belum selesai. InsyaAllah dalam entry seterusnya saya akan menyambung kembali perkembangan proses pinjaman perumahan kerajaan saya. Diharap pengalaman saya yang dikongsikan dapat memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai proses yang perlu anda lalui sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan. Jumpa lagi dalam entry akan datang. Assalamualaikum.