Saturday 30 December 2017

PROSES MAMPAT TANAH

Kerja-kerja memampat tanah telah dilakukan semalam dengan kos sewaan compact sand sebanyak RM100 satu hari. Staging mula disewa sekaligus dengan kos RM10 untuk satu set untuk satu bulan dan deposit diletakkan sama dengan nilai sewaan tersebut. Racun anai-anai telah disembur sekali sebelum dimasukkan tanah dan sekali lagi setelah tanah dimasukkan ke dalam beam.
                 Mesin compact sand size medium.





Hasil setelah satu hari tanah dimampatkan.

Monday 18 December 2017

PENGISIAN TANAH KE DALAM BEAM

Hari ini proses kerja memasukkan pasir kotor ke dalam ground beam telah mula dilakukan. Sebanyak 16 muatan lori tayar 6 untuk memenuhkan ruangan beam. Harga satu lori tersebut adalah RM160.00.


         JCB sekali lagi disewa ikut upah jam.



  Pasir kotor campuran concrete amat baik                          untuk kerja untuk menimbun.





Wednesday 13 December 2017

STATUS PROJEK 1 BULAN SETENGAH

Sehingga hari ini,kerja-kerja pembinaan rangka ground beam hampir siap. Cuaca yg cerah dalam 2 ke 3 hari ini membolehkan kerja2 berjalan dengan lancar.

 Tinggi ground beam yg mencecah 2 kaki lebih.



Petak dan ukuran lebih jelas bila ground beam telah siap.

Sunday 10 December 2017

SIMEN KE DALAM FORMWORK

Hujan yg berterusan di sepanjang buln 11 dan 12 sedikit sebanyak telah melambatkan proses kerja. Hari ini baru simen dimasukkan ke dalam formwork untuk pembinaan beam. Simen telah diorder sebanyak 1 pallet lagi berharga RM14.00 satu bag tidak termasuk GST.

             Besi dimasukkan ke dalam formwork

            Simen dicurahkan ke dalam formwork

          Kos belian kayu pun agak tinggi




Thursday 7 December 2017

MEMBINA GROUND BEAM

Setelah lubang pad footing sudah ditimbus semula dengan tanah,kerja-kerja membina ground beam telah mula dilakukan di tapak . Setiap bahagian rumah mula diukur dengan lebih terperinci untuk meletakkan formwork.

             Lubang pad footing yg telah ditimbus

Formwork mula dipasang mengikut ukuran pelan

 Tukang memasang formwork ikut ketinggian

   

Sunday 3 December 2017

IKATAN BATA PADA TIANG STUMP

Hari ini tukang telah mengikat bata pada besi untuk menghasilkan tiang stump. 3 pallete bata simen standard sirim telah diorder dgn harga RM120 di kilang membuat bata. Projek yg dijalankan pada musim hujan buln 11 dan 11 menyebabkan tanah dan lubang agak becak.
                      Bata disusun segiempat
             Bata diikat tinggi membentuk tiang

Simen akan dicurahkan ke dalam ruang bata tersebut

Friday 1 December 2017

PENGISIAN SIMEN KE FOOTING PAD

Hari ini 2 December 2017,Alhamdulilah cuaca agak baik hari ini untuk kerja2 pengisian simen ke lubang footing pad. Sebanyak 16 meter simen telah diorder untuk pengisian 36 lubang pad. Kren telah digunakan untuk mengangkut simen dari lorry ke lubang tersebut dgn sewaan sebanyak RM650 untuk satu hari. Besi-besi telah diletakkan di dalam lubang footing sebelum dimasukkan simen.
                    Pad disokong oleh besi Y12

             Sebanyak 36 lubang telah diisi besi
 .
       Kren digunakan unk mempercepatkan                                                  kerja
      Simen ready mix gred 25 sesuai digunakan                                  unk pad footing
          Angkutan simen ke lubang pad lebih                                            mudah
        Simen ready mix cepat mengeras,sesuai                       unk projek di musim hujan

          Tinggi juga kena angkut sebab banyak                                                    tiang

PENGGALIAN LUBANG PAD FOOTING

Pada 30/11 kerja penggalian lubang pad footing mula dilakukan dengan sewaan case sebanyak RM450 satu hari. Sebanyak 36 lubang telah digali oleh sedalam 3 ke 4 kaki.
Cekap juga driver JCB ni, tak sampai satu hari                     dah boleh siap 36 lubang.
Tanah yg telah dikorek

Kedalaman 3 ke 4 kaki unk setiap pad footing
















PEMBERSIHAN KAWASAN DAN SIDE RAIL

Pada 29/11  pembersihan kawasan telah dilakukan beserta dgn side rail tapak mula dikenalpasti. Kawasan pad footing telah ditanda oleh tukang memggunakan benang. Saya mula menyewa tong sampah bersaiz sedang untuk membuang segala dahan pokok ni dengan harga RM150 untuk tempoh selama 2 minggu. Oleh kerana kawasan pembinaan dikelilingi oleh rumah yang lain aspek pembuangan sisa perlu dititik beratkan supaya residents lain tak complaint.
       Pokok besar di tengah site ditumbangkan menggunakan JCB
Tukang mula membuat siderail menggunakan                                      kayu
Keadaan tapak yang terdahulu.

Thursday 30 November 2017

HARGA BAHAN BINAAN 2017

Saya telah mula membeli beberapa bahan binaan bagi permulaan projek ini. Secara kasarnya harga asas bahan binaan tidak mengalami kenaikan secara mendadak daripada dua ketiga tahun lepas. Tetapi kadar cukai GST yg telah dikenakan oleh kedai hardware menyebabkan harga sedikit meningkat. Tetapi ada juga kedai hardware yg telah menyerap kadar GST tersebut dalm kos jualan mereka terus. Walaubagaimanapun, harga besi telah mengalami peningkatan yg amat ketara dan mgkin akan lebih meningkat di masa akan datang. Anggaran harga bahan binaan asas di sekitar Kuantan, Pahang yang telah dibeli oleh saya adalah seperti berikut:-

1. Besi Y 12mm CQ RM2235.00 satu tan
2. Besi Y 12mm BS  RM 3500.00 satu tan
3. Kayu 1x2(capca) 0.45 sen sekaki
4. Kayu 2x3 (masak)RM 1.70 sekaki
5. Zinc RM2.00 sekaki
6. Dawai G20 RM 145 satu gulung besar
7. Plywood 12mm RM57.00
8. Plywood 5.5 mm RM33.00
9. Paku 2 inci RM43.00 satu kotak
10. Simen RM13 ke 16 satu bag
11. Pasir halus lori 6 tayar RM280
12. Pasir kasar lori 6 tayar RM260
13. Batu aggregate 3/4  satu tan RM36.00
      (Lori 6 tayar 17 ke 18 tan muat)
14. Bata simen sirim 1 pallette RM120
15. Bata metah 1 pallette RM174
16. Besi BRC A6 RM46.00 satu keping.
17 Besi BRC A8 RM60 satu keping
18. Besi BRC A10 RM90 satu keping
19. Simen ready mix RM190 satu meter padu (jarak dekat)
20. Besi Y10 BS RM28.00 sebatg
21. Besi Y10 CQ RM18.00 sebatg
22. Sewa JCB RM450 satu hari
23. Sewa crane RM600 satu hari