Friday, 19 January 2018

IKATAN BATU BATA

Beberapa hari lepas,bata mula diikat di antara tiang yg telah dibina bagi membentuk dinding. Projek telah tertangguh beberapa hari disebabkan hujan berterusan di Kuantan. Ikatan bata dinaikkan secara berperingkat setelah beberapa tiang siap dibina. Sebanyak 11 frame besi pintu bilik dan tandas telah dibeli dengan harga RM50.00 sebiji untuk pemasangan bersama dengan ikatan bata.



               Tiang dinaikkan secara berperingkat

                               Ruangan dapur

Ruangan telah ditinggalkan untuk frame tingkap lebih awal.


                           Frame besi yg telah dibeli,tentula lebih murah dari frame kayu

Monday, 8 January 2018

KERJA-KERJA NAIKKAN TIANG

Hari ini kerja-kerja menaikkan tiang telah bermula. Sebanyak 36 tiang akan dinaikkan. Tukang bercadang akan naikkan  tiang sekaligus dengan bata. Mungkin ada sesetengah projek tiang akan dinaikkan semuanya sebelum diikat bata. Sebanyak 10 pallete bata merah dari kilang telah sampai ke tapak dengan harga 0.29 sen satu bata.

    Tiang mula dinaikkan setinggi 15 kaki lebih.



      Anggaran bata digunakan untuk dinding                       rumah dalam 20 ke 23 ribu

Tiada mesin nk angkut turun,guna curah jet lori jer la.

Thursday, 4 January 2018

KERJA KONKRIT LANTAI

Semalam kerja-kerja di tapak telah diteruskan kembali setelah beberapa hari tertangguh disebabkan oleh cuaca buruk dan hujan lebat di Kuantan. Kerja diteruskan walaupun kadang-kadang hujan turun dengan agak lebat. Alhamdulilah kerja-kerja konkrit lantai telah siap dalam masa satu hari. Sebanyak 27 meter padu simen konkrit ready mix telah digunakan untuk keluasan lantai hampir 3000 kp dengan harga RM190 satu meter.

       Ketebalan simen lebih kurang 3 inci


Penambahan paip PVC untuk sinki dan lain2                    perlu dirancang lebih awal.

Besi yang akan dinaikkan tiang atau kerangka tetulang.