Thursday, 24 May 2018

PEMASANGAN ATAP

Projek diteruskan dengan pemasangan atap genting. Atap yang ditempah telah sampai ke tapak rumah beberapa hari yang lepas. Atap genting telah dibeli melalui kilang monier yang terletak di Gambang,Kuantan. Saya menggunakan atap concrete monier advanced contour red. Pembelian atap dan aksesori telah dilakukan seperti berikut:-
1. Atap: 4200 keping  x RM2.32: RM9744
2. Rabung: 180 keping x RM11.37: RM2046.60
3. Starter : 12 keping x RM23.97: RM287.64
4. 3 way : 1 kpg x RM39.97
5. 4 way: 2 kpg x RM58.17 :RM116.34
              JUMLAH: RM 12234.00(termasuk GST)

Tambahan atap :- 576 keping (beli di hardware RM2.80 sekeping)
= RM1700.00
Tambahan rabung:- 140 keping(beli di hardware RM12.50 sekeping)
=RM1750.00



      Kayu pemanis terlebih dahulu dipasang

Pandangan di dalam rumah



      Atap yg dihantar dalam bentuk pallete







KERJA TEBUK DINDING

Beberapa minggu lepas kerja-kerja menebuk dinding telah mula dilakukan unk pemasangan batang paip wayar elektrik. Upah tebuk dinding dikira termasuk di dalam kos pemasangan wiring rumah. Pada masa yang sama kerja tebuk dinding  juga dilakukan untuk pemasangan batang paip air di bilik-bilik air.
Batang paip air yg dipasang di bilik air


                 Kerja-kerja menebuk dinding

             Batang paip wayering yg ditanam



Tuesday, 1 May 2018

MENAIKKAN BUMBUNG

Alhamdulilah..Setakat ini projek masih berjalan lancar dan proses seterusnya adalah menaikkan bumbung rumah. Bumbung besi dan bumbung kayu masing-masing mempunyai kelebihannya Walaubagaimanapun,untuk rumah ini saya telah menggunakan bumbung besi disebabkan kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Harga kayu yg agak berkualiti untuk pemasangan bumbung juga mengalami peningkatan yang amat ketara di sekitar Kuantan. Pembelian besi telah dilakukan di kilang besi berhampiran seperti yg berikut:-

1.  Besi Truss C G.I 0.75mm RM23.00 seunit
     250 unit ( satu batang 6m pnjg)

2.  Batten V RM13.00 seunit
      250 unit unit (satu batang 6m pnjg)
                                                 JUMLAH:RM9540.00
3. Skrew 6 bungkus (1 bgkus RM40)= RM240.00
4. Papan pemanis campuran fibre 34 kpg(1 kpg RM23)=RM782.00

Kekuda besi dipasang terlebih di bawah sebelum dibawa naik.

Longgokan besi truss