Tuesday, 28 August 2018

PLASTER DINDING

Beberapa minggu lepas, kerja-kerja render slab dan plaster dinding mula dilakukan. Plaster dinding memerlukan penggunaan campuran pasir halus,simen dan plaster kapur. Saya juga menggunakan skim coat di ruangan dalam rumah agar dinding menjadi lebih licin dan rata. Bucu-bucu rumah juga menggunakan corner bead agar dapat dibentuk dengan lebih baik. Slab untuk porch dan beranda juga telah dilapis dengan waterproof simen sebelum dirender. Dianggarkan sebanyak 200 ke 250 bag simen diperlukan untuk kerja2 plaster dinding dan render lantai Harga bagi keperluam plaster dinding dan slab adalah seperti berikut:-
1. pasir halus: RM300 (satu lori 6 tayar)
2. plaster kapur RM280 ( 1 bundle 100 bag)
3. skim coat (halus dan kasar) : RM26 satu bag
4. waterproof simen RM100 satu set
5. corner bead :RM1080(360 kpg x RM3.00 sebatan)
6. simen RM14.50 satu bag

                 Ruangan porch yg mula diplaster


Tukang memasang corner bead di bucu tingkap











Ruangan famili

Rumah yang telah siap diplaster

KERJA-KERJA PENDAWAIAN

Kerja-kerja pendawaian telah mula dilakukan secara berperingkat sejak bulan lepas lagi. Wayering dilakukan terlebih dahulu sebelum syiling kapur dipasang. Ini bagi memudahkan kerja menarik wayar kerana agak sukar bagi electrician untuk berpijak di atas kekuda besi. Untuk rumah saya menggunakan 3 phase wayering dan terdapat 2 DB Box yg terlibat. Kedudukan plug,suis,poin lampu,poin kipas,poin aircond,ventilating fan dan sebagai perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum dinding diplaster. Ringkaan kos bagi setiap poin adalah seperti berikut:
1.poin lampu :-RM60
2. poin aircond:-RM160
3. plug: RM50
4. poin kipas :-RM65