Untuk projek ini,saya telah memohon sambungan bekalan daripada TNB dan Jabatan Air Negeri Pahang. Dah tentu bagi projek yang dapat tumpang bekalan air dan elektrik kosnya lebih murah daripada meminta sambungan baru. Tapi dalam hal ini saya lebih selesa memohon bekalan baru kerana tidak mahu menyusahkan jiran2 dalam soal bayaran bil dan lain2.
Untuk deposit pemasangan meter adalah RM500.00 dan kos pasang meter adalah RM400.00. Manakala kos upah kontraktor air untuk sambungan paip air je fapak projek adalah RM1400.00. Urusan bekalan air mengambil masa lebih kurang 3 minggu.
Kepala paip dipasang 30 meter ke tapak projek
Manakala bekalan elektrik telah diperolehi daripada TNB. Kos pemasangan dan sambungan kotak meter adalah RM1118.45 dan deposit pula RM250.00 sahaja. Kos upah kontraktor elektrik, barangan wiring termasuk lampu,plug etc adalah RM1800.00
Ini meter sementara TNB, kos cecah RM3k?
ReplyDeleteSya ada la golong B40..adakah cara utk memohon subside pemasangan paip air utk rumah mesra rkyat?
ReplyDelete