Friday 8 June 2018

PEMASANGAN FRAME TINGKAP DAN PINTU

Kerja-kerja pemasangan frame tingkap telah dilakukan semalam. Untuk rumah ini saya menggunakan frame tingkap aluminium. Bagi kebanyakan rumah, frame dan cermin tingkap juga memainkan peranan penting untuk menaikkan seri rumah dan sudah tentu ia juga bergantung kepada budget pemilik rumah itu sendiri. Survey untuk frame dan tingkap saya telah lakukan lebih awal memandangkan ia juga melibatkan kos yang agak tinggi. Saya telah memilih kedai frame di Kemaman Terengganu yang dapat memberikan harga yang lebih murah. Secara umumnya, frame tingkap dapat dikelaskan kepada 3 kategori seperti berikut:-
1.barang projek
2.normal 
3.frame coated putih atau hitam
Manakala cermin juga ada yg normal dan yg lebih mahal seperti warna flourescent serta reflective.
Untuk rumah ini saya telah menggunakan frame coated hitam dan cermin reflect warna solar blue. Ketebalan cermin pula terdapat dalam 2 jenis iaitu 5mm yang biasa dan 6mm. Warna untuk cermin 6mm adalah lebih terang dan reflective brbanding dengan 5mm dan sedikit mahal. Kos unk frame tingkap dan cermin 6mm solar blue untuk keluasan 798 sq adalah lebih kurang RM20500 dengan mengambil kira RM24 sekaki untuk tingkap dan RM22 untuk sliding door. Dengan pemasangan frame tersebut peratus kesiapan rumah adalah sebanyak 55% berdasarkan Jadual G.

    Tukang menggunakan imbangan timah unk
                  pemasangan frame tingkap


 Frame dibuat berdasarkan ukuran sebenar                                         tingkap


Pintu utama rumah 8 x 6 kaki menggunakan kayu seraya 



No comments:

Post a Comment