Alhamdulilah ..projek masih berjalan dengan pemasangan syiling kapur di semua ruangan rumah. Maka dengan ini,rumah telah mula memasuki fasa2 finishing. Memang benar kata orang, fasa finishing akan lebih mencabar jiwa dan raga sebab kita perlu mengawal di antara kemampuan budget dan kemahuan sendiri. Secara amnya,bahan syiling kapur yang berwarna putih adalah yg paling murah. Harga akan sedikit meningkat unk barangan yang berwarna tapi akan berlipat kali ganda harganya unk produk yg berwarna gold. Ada barangan yang telah dibeli dalam tempoh zero GST. Walaubagaimanapun,barang2 yang dibeli selepas SST mula mengalami peningkatan harga. Antara barangan dan senarai harga keperluan syiling kapur adalah seperti berikut:-
1. papan syiling kapur tebal 9mm (4x6):-RM10.80
2. cornice bunga putih panjang 7.5 kaki :- RM5.60
3. rose centre putih 620x 620= RM40.00
4. L-box 4 x6 =RM9.60
5. cornice bunga gold panjg 7.5 = RM62
6. beading bunga gold
7. besi zinc bar 32 mm=RM2.40
8. besi zinc bar 34 mm=RM2.80
9. besi zinc bar 30 mm=RM2.10
10. fiber glass=1 kg RM7.00
11. casting 25kg prbag=RM16.00
10. main dome
11. Rim
12. centre ros
13.paku konkrit
14.dan lain2.
Papan syiling kapur di tapak
Besi untuk skirting
Himpunan cornice dan beeding
gold centre rose
Tukang memasang syiling kapur di bilik.
Skirting mula dipasang sebelum syiling kapur
L-box untuk ruang tamu 1
Ruang tamu 2
Ruang porch
Ruang TV/Ruang tamu 3 yg hampir siap
Bahagian makan di ruang tamu 2
Ruang galleri
Ruang dapur
Tahniah kerana rumah tuan dah siap dengan jayanya. Ada ke buat spead sheet costing untuk sharing, terima kasih
ReplyDeleteBerapa panjang ukuran besi zinc ni tuan
ReplyDelete