Thursday, 22 November 2018

KERJA-KERJA MENGECAT

      Kerja-kerja mengecat mula dilakukan setelah kerja-kerja longkang dan mainhole mula siap. Banyak jenama-jenama cat yg di luar sana dengan pelbagai pilihan warna. Cat-cat tersebut juga mempunyai kualiti yang berbeza. Ada yang mengatakan cat Dulux ICI adalah yang terbaik dan padan dengan harganya. Manakala cat-cat yang kualiti hmpir setara seperti nippon, jotun dan kansai. Pandangan sesetengah orang,tapi kalau guna cat biasa jer pun tapi tukang cat memang pandai tetap nampak cantik Untuk rumah ni saya telah menggunakan cat Jotun. Sebab rumah saya sekarang menggunakan cat Jotun. Warnanya masih baik walaupn dah lebih 10 tahun. Saya telah membeli cat tersebut di store Jotun di Kuantan. Harga di store adalah lebih murah berbanding belian dengan dealer di hardware. Manakala belian cat adalah lebih jimat dalam kuantiti yang lebih banyak. Contohnya cat Majestic Interior White RM300 untuk 20L kerana stok ready made diambil terus dari kilang tetapi harga 15 liter cat sama harga RM360 sebb 15 liter tu perlu diproses melalui mesin  Berikut adalah harga beberapa belian cat saya:-
1. 20 liter undercoat luar JS Primer RM195
2. 20 liter undercoat RM85
3. 20 liter cat syiling kapur kilat RM300
4. 5 liter cat warna dalam Majestic  RM142
5. 20 liter cat putih luar RM340

kerja mengecat dimulakan dengan mengecat syiling kapur


Dinding dicat dengan undercoat terlebih dahulu




No comments:

Post a Comment