Tuesday 4 December 2018

TEMPAHAN GRILL RUMAH

     Memandangkan rumah mula memasuki fasa finishing tempahan grill telah dibuat. Harga grill rumah sekarang ni pun mula meningkat dengan ketara disebabkan oleh kenaikan harga besi.
    Grill rumah juga trdapat beberapa jenis dan bergantung kepada budget tuan rumah. Grill yang mempunyai bunga dan berdesign adalah lebih mahal daripada grill garis biasa. Antara jenis-jenis grill:-
1. Mild steel:- adalah yang paling biasa digunakan. Harga lebih murah bergantung juga kepada ketebalan dan lebih mudah berkarat.

2. Wrought Iron:- besi yang lebih kuat dan tidak mudah berkarat.

3. Stainless steel

4. Aluminium

     Untuk rumah ini,saya telah menggunakan mild steel sahaja. Walaubagaimanapun kos makin bertambah apabila grill tersebut diletakkan sedikit ukiran bunga dan coated. Coated bermaksud grill-grill itu akan dimasukkan ke dalam oven khas yg akan mmberi lapisan berwarna kepada grill tersebut. Grill yg coated akan lebih  berkilat dan tahan kepada karat brbanding dengan grill yang hanya cat metal gloss. Harga grill coated di sekitar Kuantan dalam RM14 hingga RM20 sekaki. Saya telah menempah grill tersebut di Kuala Berang dengan harga RM12 sekaki.

Antara pilihan warna grill coated

Contoh lakaran grill



1 comment: