Budget yang seterusnya adalah untuk pembelian hood dan hob. Hood merujuk kepada alat untuk menyedut asap dan minyak semasa memasak dan hob pula merujuk kepada dapur memasak. Banyak laman web yang memperkatakan tentang hal ni.
Apa yg dapat dirumuskan semasa pemilihan hood kepentingan untuk melihat kuasa sedutan iaitu suction power dan ketahanan material atau binaan hood tersebut. Untuk kuasa sedutan yg bagus sebaik2nya biarlah suction power melebihi 1100 dan ia brgantung kepada keaktifan memasak. Suction power yang paling tinggi setakat ni dalam 1600. Makin tinggi harga makinlah mahal.
Hod pula boleh merujuk kepada kuasa bakaran dapur tersebut yang selalunya standard dalam 4.0 hingga 5.0 kw dan mungkin ada yg lagi tinggi dalam tahun yg mendatang. Banyak produk hob sekarang ni datang dalam bentuk tempered glass. Ada rungutan yg mengalami tempered glass pecah setelah penggunaan yg aktif atau salah teknik installation. Oleh itu, ada yg lebih selesa mggunakan hob yg stainless steel.
Terdapat pelbagai jenama di pasaran unk hood dan hob. Ada yg mampu milik dan yg lebih mahal bergantung kepada kualitinya. Jenama yg lebih jimat adalah seperti faber,elba ,aowa dan lain2 walaupun kualitinya menjadi isu. Tapi tak semestinya yg lebih mahal sntiasa baik daripada yg lebih murah. Harga akan lebih meningkat unk jenama electrolux, rubine,fotile,robam dan lain2.
Untuk dapur, saya telah membeli hood dan hob jenama rubine. Hood hanya mempunyai suction power 1200 dan hob burner 4.5 kw. Saya beli semasa promosi dengan harga RM1700.00. Purchase with purchase pula rubine microwave avon RM1200 dan oven RM1400.00. Banyak kedai yg menjual pelbagai jenama. Ada yg terus bagi nett harga berdasarkan promosi di template dan ada kedai yg masih boleh bagi discount sehingga 20 ke 30 % dari harga promosi template.
Kedudukan hood dan hob
Hood Rubine Maria
Oven
Microwave
Hob
No comments:
Post a Comment