Friday, 21 December 2018

PEMASANGAN TILES DAN MOZEK

   Projek diteruskan dengan pemasangan tiles di semua ruangan rumah. Pembelian tiles juga melibatkan kos yang agak tinggi. Walaubagaimanapun,kos untuk belian dapat diturunkan jika membeli  tiles reject atau grade 2.  Terdapat pelbagai jenama tiles di kedai2 dan jenama dari Malaysia seperti White Horse,MLM,Venus dan lain-lain. Sekarang ni,banyak kedai tiles mula menjual tiles daripada China seperti Mudda. Tiles import dari China sesetengahnya lebih murah dari jenama tempatan. Sekiranya pemilik gemar tiles yg bercorak cerah atau gelap kurang kilat boleh menggunakan jenama white horse dan lain2. Tapi sekiranya pemilik gemar tiles yg lebih bercorak dan berkilat atau glazed boleh menggunakan jenama Mudda dari China. Kos pembelian tiles untuk rumah ini lebih kurang 17K.
Tiles Mudda dari China harga RM15.50 untuk ruang dalam rumah

Tiles hiasan ruang tamu   4×6 harga RM1200 

Tiles hiasan ruang tamu 2 harga RM660.00

Pebble wash untuk porch RM15 perbag

Tiles untuk bilik air RM2.10 skpg

Tiles kuning 1×1 untuk lace di tepi dinding RM1.90 skpg

Ruang dapur yang hampir siap

Ruang di bilik air 3



   

TEMPAHAN LANGSIR

   Tempahan langsir juga dimasukkan dalam entry blog ini memandangkan budget langsir juga melibatkan kos yang tinggi. Tak banyak yang boleh dikongsi memandangkan urusan tempahan dan pemilihan tukang jahit diserahkan kepada isteri tercinta dan saya hanya mengawal budget sahaja. Kain yang digunakan berharga di antara RM12 ke RM28 semeter. Kos keseluruhan untuk langsir sahaja RM12383 dengan pecahan berikut:-
1. Kos belian kain     = RM5383.00
2. Rail dan rod kayu = RM2700.00
3. Upah jahit              = RM4300.00  

Entry akan diupdate setelah pemasangan langsir nanti.

Thursday, 20 December 2018

PEMILIHAN HOOD,HOB DAN PERALATAN DAPUR

    Budget yang seterusnya adalah untuk pembelian hood dan hob. Hood merujuk kepada alat untuk menyedut asap dan minyak semasa memasak dan hob pula merujuk kepada dapur memasak. Banyak laman web yang memperkatakan tentang hal ni. 
     Apa yg dapat dirumuskan semasa pemilihan hood kepentingan untuk melihat kuasa sedutan iaitu suction power dan ketahanan material atau binaan hood tersebut. Untuk kuasa sedutan yg bagus sebaik2nya biarlah suction power melebihi 1100 dan ia brgantung kepada keaktifan memasak. Suction power yang paling tinggi setakat ni dalam 1600. Makin tinggi harga makinlah mahal.
    Hod pula boleh merujuk kepada kuasa bakaran dapur tersebut yang selalunya standard dalam 4.0 hingga 5.0 kw dan mungkin ada yg lagi tinggi dalam tahun yg mendatang. Banyak produk hob sekarang ni datang dalam bentuk tempered glass. Ada rungutan  yg mengalami tempered glass pecah setelah penggunaan yg aktif atau salah teknik installation.  Oleh itu, ada yg lebih selesa mggunakan hob yg stainless steel. 
     Terdapat pelbagai jenama di pasaran unk hood dan hob. Ada yg mampu milik dan yg lebih mahal bergantung kepada kualitinya. Jenama yg lebih jimat adalah seperti faber,elba ,aowa dan lain2 walaupun kualitinya menjadi isu. Tapi tak semestinya yg lebih mahal sntiasa baik daripada yg lebih murah. Harga akan lebih meningkat unk jenama electrolux, rubine,fotile,robam dan lain2. 
   Untuk dapur, saya telah membeli hood dan hob jenama rubine. Hood hanya mempunyai suction power 1200 dan hob burner 4.5 kw. Saya beli semasa promosi dengan harga RM1700.00. Purchase with purchase pula rubine microwave avon RM1200 dan oven RM1400.00. Banyak kedai yg menjual pelbagai jenama. Ada yg terus bagi nett harga berdasarkan promosi di template dan ada kedai yg masih boleh bagi discount sehingga 20 ke 30 % dari harga promosi template.


Kedudukan hood dan hob


Hood Rubine Maria

Oven

Microwave

Hob




   

Thursday, 6 December 2018

PEMILIHAN KITCHEN CABINET

     Kitchen Cabinet adalah antara budget yang melibatkan kos yang agak tinggi. Walaubagaimanapun,ia juga bergantung kepada kemahuan tuan rumah itu sendiri untuk memilih KC yang material lebih murah atau mahal. Ketahanan dan kecantikan KC bergantung kepada material yang dipilih. Untuk pintu kabinet berikut adalah material yg selalu digunakan:-
1. Formaica
2. Melamine
3. Laminate gloss
4. 3G glass
5. Arcylic /High Gloss
6. 4G/5G glass
7. Solid Nyatoh
Bahan yang lebih jimat dan selalu digunakan adalah formaica dan melamin dan yg agak mahal adalah solid nyatoh. Manakala untuk tabletop material yang digunakan seperti brikut:-
1. concrete tiles
2. High Pressure Laminate (spt maica/formaica etc)
 3. Solid surface
4. natural stone - granite
5. quartz
Kos untuk konkrit tiles adalah lebih jimat dan lebih meningkat untuk quartz dan granite.

Untuk rumah ini, saya telah tempah dan gunakan kabinet 4G glass. Manakala untuk tabletop kabinet dan island gunakan granite black galaxy. Kabinet atas berukuran 16 kaki dan bawah 20 kaki temasuk satu unit tall dan satu unit island bar berpintu berukuran 5 x 2.5 kaki. Kos yg agak tinggi juga jika tempahan dibuat di kebanyakan showroom untuk 4G glass dan granite. Saya hanya menggunakan khidmat pembuat kabinet freelance dan kos untuk kabinet tersebut adalah RM12300.00.

Contoh lakaran susun atur kabinet

Contoh batu granite black galaxy

Antara simple quotation bagi jenis2 material kabinet oleh satu showroom tahun 2017.





Tuesday, 4 December 2018

TEMPAHAN GRILL RUMAH

     Memandangkan rumah mula memasuki fasa finishing tempahan grill telah dibuat. Harga grill rumah sekarang ni pun mula meningkat dengan ketara disebabkan oleh kenaikan harga besi.
    Grill rumah juga trdapat beberapa jenis dan bergantung kepada budget tuan rumah. Grill yang mempunyai bunga dan berdesign adalah lebih mahal daripada grill garis biasa. Antara jenis-jenis grill:-
1. Mild steel:- adalah yang paling biasa digunakan. Harga lebih murah bergantung juga kepada ketebalan dan lebih mudah berkarat.

2. Wrought Iron:- besi yang lebih kuat dan tidak mudah berkarat.

3. Stainless steel

4. Aluminium

     Untuk rumah ini,saya telah menggunakan mild steel sahaja. Walaubagaimanapun kos makin bertambah apabila grill tersebut diletakkan sedikit ukiran bunga dan coated. Coated bermaksud grill-grill itu akan dimasukkan ke dalam oven khas yg akan mmberi lapisan berwarna kepada grill tersebut. Grill yg coated akan lebih  berkilat dan tahan kepada karat brbanding dengan grill yang hanya cat metal gloss. Harga grill coated di sekitar Kuantan dalam RM14 hingga RM20 sekaki. Saya telah menempah grill tersebut di Kuala Berang dengan harga RM12 sekaki.

Antara pilihan warna grill coated

Contoh lakaran grill