Beberapa hari yang lepas, tukang mula membina beam atas secara berperingkat. Beam mula dinaikkan di bahagian belakang rumah. Ketinggian bahagian belakang termasuk dapur n ruang keluarga adalah 14 kaki dari lantai ke syiling dan tinggi ruang tamu depan adalah lebih kurang 12 kaki.
Saturday, 10 February 2018
Saturday, 3 February 2018
STATUS PROJEK 3 BULAN
Alhamdulilah, sehingga hari ini projek masih diteruskan dengan semua tiang telah dinaikkan dan bata mula dinaikkan secara berperingkat. Setakat ini sebanyak 24000 bata telah dibeli. Pinjaman bina rumah baru sahaja diluluskan beberapa hari lepas setelah 3 bulan permohonan dihantar. Masa yang amat lama kerana file telah hilang di LPPSA selepas dikuiri. Borang setuju terima telah dihantar dan lawyer mula membuat agreement untuk dihantar ke LPPSA. Permohonan untuk claim yang pertama masih amat jauh,mgkin dalm 3 ke 4 bulan lagi. Kelangsungan projek diteruskan dengan saki baki duit yang masih ada. Setakat ini keseluruhan semua kos adalah lebih kurang RM90k. Harap semuanya akan berjalan lancar dan tidak tertangguh kerana kesempitan modal.
Pemandangan dari atas:ihsan dari bakal jiran yg prihatin..he..he..
Sudut pandangan sisiRuang family n tv
Ruang tamu 1
Ruang tamu 2
Ruang untuk galeri
Ruang dapur
Friday, 19 January 2018
IKATAN BATU BATA
Beberapa hari lepas,bata mula diikat di antara tiang yg telah dibina bagi membentuk dinding. Projek telah tertangguh beberapa hari disebabkan hujan berterusan di Kuantan. Ikatan bata dinaikkan secara berperingkat setelah beberapa tiang siap dibina. Sebanyak 11 frame besi pintu bilik dan tandas telah dibeli dengan harga RM50.00 sebiji untuk pemasangan bersama dengan ikatan bata.
Tiang dinaikkan secara berperingkat
Ruangan dapur
Ruangan telah ditinggalkan untuk frame tingkap lebih awal.
Frame besi yg telah dibeli,tentula lebih murah dari frame kayu
Monday, 8 January 2018
KERJA-KERJA NAIKKAN TIANG
Hari ini kerja-kerja menaikkan tiang telah bermula. Sebanyak 36 tiang akan dinaikkan. Tukang bercadang akan naikkan tiang sekaligus dengan bata. Mungkin ada sesetengah projek tiang akan dinaikkan semuanya sebelum diikat bata. Sebanyak 10 pallete bata merah dari kilang telah sampai ke tapak dengan harga 0.29 sen satu bata.
Anggaran bata digunakan untuk dinding rumah dalam 20 ke 23 ribu
Tiada mesin nk angkut turun,guna curah jet lori jer la.
Thursday, 4 January 2018
KERJA KONKRIT LANTAI
Semalam kerja-kerja di tapak telah diteruskan kembali setelah beberapa hari tertangguh disebabkan oleh cuaca buruk dan hujan lebat di Kuantan. Kerja diteruskan walaupun kadang-kadang hujan turun dengan agak lebat. Alhamdulilah kerja-kerja konkrit lantai telah siap dalam masa satu hari. Sebanyak 27 meter padu simen konkrit ready mix telah digunakan untuk keluasan lantai hampir 3000 kp dengan harga RM190 satu meter.
Ketebalan simen lebih kurang 3 inciPenambahan paip PVC untuk sinki dan lain2 perlu dirancang lebih awal.
Besi yang akan dinaikkan tiang atau kerangka tetulang.
Saturday, 30 December 2017
PROSES MAMPAT TANAH
Kerja-kerja memampat tanah telah dilakukan semalam dengan kos sewaan compact sand sebanyak RM100 satu hari. Staging mula disewa sekaligus dengan kos RM10 untuk satu set untuk satu bulan dan deposit diletakkan sama dengan nilai sewaan tersebut. Racun anai-anai telah disembur sekali sebelum dimasukkan tanah dan sekali lagi setelah tanah dimasukkan ke dalam beam.
Mesin compact sand size medium.
Hasil setelah satu hari tanah dimampatkan.
Monday, 18 December 2017
PENGISIAN TANAH KE DALAM BEAM
Hari ini proses kerja memasukkan pasir kotor ke dalam ground beam telah mula dilakukan. Sebanyak 16 muatan lori tayar 6 untuk memenuhkan ruangan beam. Harga satu lori tersebut adalah RM160.00.
JCB sekali lagi disewa ikut upah jam.
Pasir kotor campuran concrete amat baik untuk kerja untuk menimbun.
Subscribe to:
Posts (Atom)








































