Saya dah mengatur untuk lantikan tukang rumah. Kebetulan tukang rumah tersebut baru sahaja menyiapkan bungalow kawan saya, saya terus berkira2 untuk menyambung kerja beliau di tapak saya. Upah yg dipersetujui adalah RM30 perkaki termasuklah upah kerja2 asas pembinaan rumah hingga pemasangan tile, syiling kapur dan cat rumah sudah termasuk dalam kos tersebut. Tukang2 adakah pekerja indon dan setakat yg diperhatikan hasil kerja-kerja beliau terhadap bungalow2 yg terdahulu amat memuaskan. Bekas pekerja mahir sebuah syarikat kontraktor binaan, semoga pembinaan rumah saya nanti berjalan lancar.
Saturday, 30 January 2016
Thursday, 28 January 2016
Lantikan Arkitek Pelan Rumah
Perkara pertama yang perlu dilaksanakan dalam merealisasikan projek membina rumah ini adalah membuat lakaran pelan rumah yang akan dibina nanti. Antara sebab saya memilih untuk membina rumah sendiri adalah kebebasan untuk merekabentuk pelan rumah kita sendiri mengikut citarasa dan kehendak sendiri berbanding membeli rumah daripada pemaju.
Sebenarnya pelan kasar untuk pembinaan rumah telah ada sejak persetujuan untuk pembelian tenah tersebut. Pelan yang dirancang mestilah sesuai dengan bentuk tanah yang ingin dibeli. Saya ingin dapatkan kelulusan pelan lebih awal daripada majlis perbandaran agar urusan pembinaan rumah kelak tidak tertangguh disebabkan oleh kelulusan pelan.
Sebenarnya pelan kasar untuk pembinaan rumah telah ada sejak persetujuan untuk pembelian tenah tersebut. Pelan yang dirancang mestilah sesuai dengan bentuk tanah yang ingin dibeli. Saya ingin dapatkan kelulusan pelan lebih awal daripada majlis perbandaran agar urusan pembinaan rumah kelak tidak tertangguh disebabkan oleh kelulusan pelan.
Kelulusan pelan daripada majlis perbandaran telah boleh dimohon apabila perjanjian S&P ditandatangani dengan disertakan S&P tu sekali. Secara umumya, jika pelan yang tidak melebihi 3000kp(termasuk terrace) boleh menggunakan pelukis berdaftar yang mana lebih murah berbanding dengan khidmat arkitek. Walaubagaimanapun, sekiranya pelan rumah tersebut melebihi 3000 kp persegi pelan hanya boleh dilakukan oleh khidmat arkitek.
Saya pada mulanya ingin mengambil khidmat pelukis berdaftar dengan pelan rumah lebih kurang 3000kp. Walaubagaimanapun, charge yang dikenakan agak tinggi hingga mencecah 13K hingga CCC diperolehi. Kerana berasa amat tidak berpuas hati, saya cuba mencari dan telah melantik pelukis pelan sementara yang bekerja di majlis perbandaran untuk lukisan pelan saya. Keluasan pelan rumah telah ditingkatkan kepada hampir 4000kp (termasuk terrace). Pelan rumah tesebut mempunyai 6 bilik dan 4 bilik air. Beberapa kali perbincangan dan pindaan telah dilakukan. Kos pelan tersebut hingga perolehi CCC adalah dipersetujui sebanyak 7K sahaja. Beliau telah mendapatkan cop arkitek dan akan bertanggungjawab atas urusan kelulusan pelan sehingga perolehi CCC.
Lantikan Peguam
Sambung semula dengan progress pembinaan rumah yang masih panjang..
Setelah Tanah yang sesuai telah dikenalpasti dan ingin dibeli,proses yang seterusnya adalah melantik peguam untuk urusan penyediaan Sale n Purchase Agreement. Saya telah melantik firma peguam di Kuantan untuk urusan tersebut.
Firma tersebut tidaklah besar, tapi apa yang penting saya mengenali staff di firma tersebut yang sepatutnya akan lebih memudahkan urusan kerja saya. Dan yang lebh penting saya mendapat diskaun fee guaman yang lebih tinggi berbanding firma guaman yang lebih terkenal dan established.Walaubagaimanapun tips berikut perlu diambil kira dalam pelantikan peguam:-
1. Anda perlulah mengenalpasti peguam yang ingin dilantik untuk menguruskan pembelian tanah anda. Penguam yang berpengalaman dan mahir adalah faktor yang terbaik memastikan anda mendapat perkhidmatan berkualiti dan wajar mengikut fees yang dikenalpasti.
2. Anda boleh bertanya rakan-rakan anda yang telah melalui proses ini untuk mendapatkan cadangan peguam-peguam yang terbaik di kawasan anda.
3. Fees yang dikenakan adalah berbeza dan mengikut jumlah pinjam anda.
4. Penguam akan membantu mengisi borang dan menyediakan semua borang yang berkaitan.
5. Borang yang telah di isi perlu mendapatkan tandatangan dan pengesahan majikan.
SPPB KEPADA LPPSA JAN 2016
LPPSA merupakan nama baru yang menggantikan SPPB. Buat masa sekarang, penjawat awam tidak seharusnya risau mengenai perubahan ini, kerana sistem yang baru ini adalah penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Sistem baru masih mengekalkan kelebihan pinjaman perumahan sebagai penjawat awam, cuma sistem ini membenarkan penjawat di badan-badan berkanun untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dibawah sistem yang sama. Kadar pinjaman setakat ini masih dikekalkan pada kadar 4%. Diharapkan penukarannya kepada badan berkanun akan lebih meningkatkan prestasi kerja agar lebih cepat dan pantas.
Namun ada berita baik kepada peminjam yang akan membuat pinjaman tahun 2016 yang mana pihak lembaga mengambil keputusan tidak mewajibkan untuk melantik peguam panel mereka. Para peminjam bebas untuk melantik peguam sendiri ataupun mengambil peguam panel lembaga.
Berita ini amat menggembirakan peminjam seperti saya yang akan membina rumah sendiri dengan pinjaman lesen kontraktor. Sudah tentu peguam yang dikenali lebih memudahkan urusan. Semoga segalanya lebih berjalan lancer selepas ini..Amiin..
Subscribe to:
Posts (Atom)