Perkara pertama yang perlu dilaksanakan dalam merealisasikan projek membina rumah ini adalah membuat lakaran pelan rumah yang akan dibina nanti. Antara sebab saya memilih untuk membina rumah sendiri adalah kebebasan untuk merekabentuk pelan rumah kita sendiri mengikut citarasa dan kehendak sendiri berbanding membeli rumah daripada pemaju.
Sebenarnya pelan kasar untuk pembinaan rumah telah ada sejak persetujuan untuk pembelian tenah tersebut. Pelan yang dirancang mestilah sesuai dengan bentuk tanah yang ingin dibeli. Saya ingin dapatkan kelulusan pelan lebih awal daripada majlis perbandaran agar urusan pembinaan rumah kelak tidak tertangguh disebabkan oleh kelulusan pelan.

Kelulusan pelan daripada majlis perbandaran telah boleh dimohon apabila perjanjian S&P ditandatangani dengan disertakan S&P tu sekali. Secara umumya, jika pelan yang tidak melebihi 3000kp(termasuk terrace) boleh menggunakan pelukis berdaftar yang mana lebih murah berbanding dengan khidmat arkitek. Walaubagaimanapun, sekiranya pelan rumah tersebut melebihi 3000 kp persegi pelan hanya boleh dilakukan oleh khidmat arkitek.
Saya pada mulanya ingin mengambil khidmat pelukis berdaftar dengan pelan rumah lebih kurang 3000kp. Walaubagaimanapun, charge yang dikenakan agak tinggi hingga mencecah 13K hingga CCC diperolehi. Kerana berasa amat tidak berpuas hati, saya cuba mencari dan telah melantik pelukis pelan sementara yang bekerja di majlis perbandaran untuk lukisan pelan saya. Keluasan pelan rumah telah ditingkatkan kepada hampir 4000kp (termasuk terrace). Pelan rumah tesebut mempunyai 6 bilik dan 4 bilik air. Beberapa kali perbincangan dan pindaan telah dilakukan. Kos pelan tersebut hingga perolehi CCC adalah dipersetujui sebanyak 7K sahaja. Beliau telah mendapatkan cop arkitek dan akan bertanggungjawab atas urusan kelulusan pelan sehingga perolehi CCC.
No comments:
Post a Comment