Setelah Tanah yang sesuai telah dikenalpasti dan ingin dibeli,proses yang seterusnya adalah melantik peguam untuk urusan penyediaan Sale n Purchase Agreement. Saya telah melantik firma peguam di Kuantan untuk urusan tersebut.
Firma tersebut tidaklah besar, tapi apa yang penting saya mengenali staff di firma tersebut yang sepatutnya akan lebih memudahkan urusan kerja saya. Dan yang lebh penting saya mendapat diskaun fee guaman yang lebih tinggi berbanding firma guaman yang lebih terkenal dan established.Walaubagaimanapun tips berikut perlu diambil kira dalam pelantikan peguam:-
1. Anda perlulah mengenalpasti peguam yang ingin dilantik untuk menguruskan pembelian tanah anda. Penguam yang berpengalaman dan mahir adalah faktor yang terbaik memastikan anda mendapat perkhidmatan berkualiti dan wajar mengikut fees yang dikenalpasti.
2. Anda boleh bertanya rakan-rakan anda yang telah melalui proses ini untuk mendapatkan cadangan peguam-peguam yang terbaik di kawasan anda.
3. Fees yang dikenakan adalah berbeza dan mengikut jumlah pinjam anda.
4. Penguam akan membantu mengisi borang dan menyediakan semua borang yang berkaitan.
5. Borang yang telah di isi perlu mendapatkan tandatangan dan pengesahan majikan.
No comments:
Post a Comment