Thursday, 28 January 2016

SPPB KEPADA LPPSA JAN 2016

LPPSA merupakan nama baru yang menggantikan SPPB. Buat masa sekarang, penjawat awam tidak seharusnya risau mengenai perubahan ini, kerana sistem yang baru ini adalah penambahbaikan kepada sistem yang sedia ada. Sistem baru masih mengekalkan kelebihan pinjaman perumahan sebagai penjawat awam, cuma sistem ini membenarkan penjawat di badan-badan berkanun untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dibawah sistem yang sama. Kadar pinjaman setakat ini masih dikekalkan pada kadar 4%. Diharapkan penukarannya kepada badan berkanun akan lebih meningkatkan prestasi kerja agar lebih cepat dan pantas.
 

 
 
 
 
 
Namun ada berita baik kepada peminjam yang akan membuat pinjaman tahun 2016 yang mana pihak lembaga mengambil keputusan tidak mewajibkan untuk melantik peguam panel mereka. Para peminjam bebas untuk melantik peguam sendiri ataupun mengambil peguam panel lembaga.
Berita ini amat menggembirakan peminjam seperti saya yang akan membina rumah sendiri dengan pinjaman lesen kontraktor. Sudah tentu peguam yang dikenali lebih memudahkan urusan. Semoga segalanya lebih berjalan lancer selepas ini..Amiin..

No comments:

Post a Comment