Thursday, 30 November 2017

PEMBINAAN BERMULA

Persiapan untuk pembinaan rumah telah bermula pada bulan lepas. Tempoh masa diambil untuk kemasukan bekalan air dan elektrik pun hampir mencecah satu bulan. Belian bahan-bahan binan telah mula dilakukan.  Besi telah mula dibeli untuk kerja2 membengkok bagi pembinaan ground beam sementara menunggu bekalan air dan elektrik pada bulan lepas. Manakala plywood n kayu untuk membuat formwork.
Tukang  telah mula membuat rumah kongsi untuk diduduki dan menjaga barang di sini.


                 Besi untuk lubang pad footing




Bungalow ni jer la dulu yg cepat siap
Keadaan site yg mula semak samun apabila                              projek lama tertangguh

SAMBUNGAN BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

Untuk projek ini,saya telah memohon sambungan bekalan daripada  TNB dan Jabatan Air Negeri Pahang.  Dah tentu bagi projek yang dapat tumpang bekalan air dan elektrik kosnya lebih murah daripada meminta sambungan baru. Tapi dalam hal ini saya lebih selesa memohon bekalan baru kerana tidak mahu menyusahkan jiran2 dalam soal bayaran bil dan lain2.
Untuk deposit pemasangan meter adalah RM500.00 dan kos pasang meter adalah RM400.00. Manakala kos upah kontraktor air untuk sambungan paip air je fapak projek adalah RM1400.00. Urusan bekalan air mengambil masa lebih kurang 3 minggu.
 Kepala paip dipasang 30 meter ke tapak                                             projek

Manakala bekalan elektrik telah diperolehi daripada TNB. Kos pemasangan dan sambungan kotak meter adalah RM1118.45 dan deposit pula RM250.00 sahaja. Kos upah kontraktor elektrik, barangan wiring termasuk lampu,plug etc adalah RM1800.00

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PEMBINAAN RUMAH

Assalam...lama tidak membuat apa2 entry memandangkan tidak ada byk maklumat yg boleh dikongsi. Proses unk pindah milik tanah memang mengambil masa yg agak lama. Lebih-lebih lagi terlibat dengan penukaran BPP ke LPPSA. Geran individu hanya dapt dimiliki sepenuhnya pada bulan 5 2017. Saya terpaksa pula menunggu hingga 3 bulan untuk slip gaji mula dipotong pada bulan 9. Kemudian dalam bulan 10 barulah permohonan untuk bina bangunan boleh dilakukan. Alhamdulilah,permohonan ke LPPSA telah dihantar pada 30/10 dan permohonan ke JPPH lebih awal pada 25/10.Sementara menunggu kelulusan pinjaman ,kerja2 di tapak projek sudah boleh bermula. Walaubagaimana pun, permohonan telah dikuari oleh LPPSA.Respond kepada kuiri telah dihantar oleh peguam. Berdoa agar permohonan cepat diluluskan untuk kelangsungan projek.
KELULUSAN PELAN RUMAH OLEH MPK

Pelan rumah telah diluluskan oleh MPK pada 18.01 2016 lagi. Tarikh yang dibenarkan untuk membina rumah adalah dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelulusan tersebut. Saya harap rumah tersebut dapat dibina dalam tahun 2016. Walaubagaimanapun proses pindah milik tanah telah mengambil masa yg lama sehingga ke tahun 2017. Pelan diperbaharui  semula dengan kos sebanyak RM330.00 lanjutan untuk tempoh satu tahun lagi.


Add caption



Saturday, 18 June 2016

PERMOHONAN PINJAMAN TANAH DILULUSKAN

Assalam...lama tidak membuat entry disebabkan oleh kesibukan semasa. Alhamdulilah pinjaman telah diluluskan di dalam bulan February setelah pihak JPPH telah menghantar laporan penilaian kepada LPPSA. Walaubagaimanapun, urusan kelulusan pinjaman sedikit lewat memandangkan terdapat kuiri oleh LPPSA terhadap dokumen pinjaman yang dihantar oleh pihak firm.Berikut merupakan susun atur perjalanan pinjaman tersebut untuk rujukan:-

1. 31.12.2015
Tandatangan dokumen dan stamping S&P untuk pembelian tanah dengan penjual.

2. 14.01.2016
Pengisian Borang Online memeohon pinjaman pembelian tanah di Web LPPSA

3.15.01.2016
Hantar dokumen Pinjaman ke LPPSA

4. 18.01.2016
Hantar borang penilaian ke JPPH untuk penilaian tanah.

5. 28.01.2016
Kuiri oleh lembaga terhadap dokumen pinjaman-wujud kesilapan pengisian

6. 01.02.2016
Siap penilaian oleh JPPH , 5 hari masa diperlukan untuk proses hantar penilaian ke LPPSA

7.02.02.2016
Hantar Dokumen yang dikuari semula ke Lembaga

8. 15.02.2016
Permohanan telah diluluskan dan boleh diperiksa online

9. 23.02.2016
Hantar surat setuju terima pinjaman ke Lembaga

10. 04.03.2016
Hantar dokumen Perjanjian Pinjaman yang disediakan oleh firm kepada Lembaga. Malangnya di saat ini masa yang lama telah terbuang memandangkan Lembaga sendiri masih belum ada pegawai yang boleh diwakilkan untuk menandatangani Perjanjian Pembiayaan Pinjaman tersebut dan ada ura2 yang hal tersebut hanhya dapat diselesaikan di bulan Mei.

11.11.05.2016
Terima balik Perjanjian Pembiayaan Pinjaman drpd Lembaga untuk arahan pindaan di sesetengah klausa. Hampir 2 bulan berlalu barulah dokumen tersebut hanya diturunkan untuk pindaan tanpa tandatangan pegawai lembaga pun dan banyak masa dibuangkan di sini.

12. 26.05.2016
Hantar pindaan perjanjian balik ke Lembaga

Sehingga ke hari ini saya masih menunggu perjanjian tersebut ditandatangani oleh pegawai Lembaga dan diturunkan semula ke pejabat lawyer untuk tindakan seterusnya di pejabat tanah. Nasib tidak menyebelahi bila mana pertukaran BPP ke LPPSA turut menjejaskan kelancaran pemprosesan dokumen tersebut.
Jadi sekarang kena tunggu dan lihat jer la dulu dan perjalanan masih jauh untuk pembinaan bungalow idaman memandangkan proses beli tanah pun masih pending.

Friday, 5 February 2016

MEMOHON PNJAMAN PERUMAHAN LPPSA

Assalamualaikum. Dalam entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai proses dalam permohonan Pinjaman Perumahan. Anda boleh melayari laman web LPPSA untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini. Bagi rumah idaman saya, saya telah memilih Pinjaman Perumahaan LPPSA dan dalam entry ini saya akan menceritakan pengalaman saya dalam memohon Pinjaman Perumahan dari Lembaga.

Borang permohonan pinjaman diisi sepenuhnya oleh saya dan saya juga menyediakan maklumat dan dokumen sokongan seperti diperlukan oleh permohonan tersebut.   Saya mengisi borang permohonan pinjaman perumahan ini secara online melalui website LPPSA melalui pautan  Permohonan Online & Semakan Pinjaman. Pendaftaran ID baru perlu dibuat sekiranya anda baru pertama kali ingin membuat permohonan. Pendaftaran boleh dibuat sendiri atau dibuat oleh peguam. Selepas borang dilengkapkan,  saya mencetak borang tersebut untuk pengesahan majikan.

Segala borang diserahkan kepada majikan. Majikan perlu mengesahkan 3 salinan borang pemohonan dan dokumen sokongan. Satu salinan akan disimpan oleh majikan, satu salinan diserahkan kepada JPPH dan satu salinan akan dihantar ke BPP. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah bergantung kepada jenis pinjaman yang dipohon. Setalah borang diisi, satu pautan iaitu Muat Turun Senarai Semak Pinjaman boleh diakses dan ia menerangkan dokumen yang diperlukan. Setelah majikan mengesahkan dokumen tersebut, saya telah mengirim kembali 2 salinan dokumen (untuk JPPH dan BPP) yang telah disahkan oleh majikan kepada peguam saya.


Saya dimaklumkan  peguam saya telah mengirim salinan dokumen tersebut ke JPPH dan LPPSA secara berasingan. Anda boleh menyemak status pemohonan anda di laman web JPPH dan LPPSA. Pada asalnya status permohonan saya dilaman web LPPSA adalah baharu dan selepas itu status permohonan akan kekal sebagai Kuiri selagi pihak JPPH masih belum menghantar maklumbalas mengenai penilaian tanah yang ingin didirikan. Status penilaian oleh JPPH boleh disemak melalui laman web JPPH..

Sehingga hari ini, pihak BPP baru sahaja menerima maklumbalas dari JPPH. Jadi sebenarnya proses permohonan saya masih belum selesai. InsyaAllah dalam entry seterusnya saya akan menyambung kembali perkembangan proses pinjaman perumahan kerajaan saya. Diharap pengalaman saya yang dikongsikan dapat memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai proses yang perlu anda lalui sekiranya anda ingin memohon pinjaman perumahan. Jumpa lagi dalam entry akan datang. Assalamualaikum.

Saturday, 30 January 2016

Lantikan Tukang Rumah

Saya dah mengatur untuk lantikan tukang rumah. Kebetulan tukang rumah tersebut baru sahaja menyiapkan bungalow kawan saya, saya terus berkira2 untuk menyambung kerja beliau di tapak saya. Upah yg dipersetujui adalah RM30 perkaki termasuklah upah kerja2 asas pembinaan rumah hingga pemasangan tile, syiling kapur dan cat rumah sudah termasuk dalam kos tersebut. Tukang2 adakah pekerja indon dan setakat yg diperhatikan hasil kerja-kerja beliau terhadap bungalow2 yg terdahulu amat memuaskan. Bekas pekerja mahir sebuah syarikat kontraktor binaan, semoga pembinaan rumah saya nanti berjalan lancar.