Assalamualaikum..Tujuan utama blog ini dibuka adalah untuk merekod dan menyusuri projek pembinaan sebuah rumah banglo yang akan di bina oleh penulis sendiri. Setiap tahap pembinaan rumah akan disimpan di dalam blog ini sebagai satu bentuk perekodan dan boleh dikongsi kepada pembaca yang lain. Ia juga bertujuan sebagai satu bentuk perkongsian ilmu kepada rakan-rakan yang lain yang mana saya sendiri juga bukanlah seorang yang mahir dalama aspek pembinaan rumah. Segala rujukan hanya banyak dilakukan di dalam internet dan sumber-sumber bacaan sahaja. Sekiranya ada perkongsian yg lebih berguna daripada pembaca-pembaca yang lain amatlah dialu-alukan.
Saya ingin membina sebuah rumah banglo setingkat di sebuah tanah lot bangunan yang terletak lebih kurang 5 minit daripada pusat Bandar kuantan. Saya akan menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan dan menggunakan tukang sendiri. Saya hanya meminjam sahaja lesen kontraktor untuk pembinaan rumah tersebut. Setakat ini saya masih dalam proses permohonan untuk pembelian tanah. Setelah selesai pembelian tanah tersebut saya akan memohon pinjaman untuk pembinaan rumah pula.
Diharapkan segalanya berjalan lancer seperti yang dirancang..amiiin
Assalamualaikum, Nak bertanya.
ReplyDelete1) Berapa luas rumah dalam kaki persegi?
2) Berapa budget tuan sampai rumah siap sepenuhnya?
1.Luas rumah adalah 4150kp termasuk porch n beranda.
ReplyDelete2.budget rumah siap sepenuhnya anggaran dalam 350k ke 400k sekiranya menggunakan aksesori rumah yg lebih baik dan cantik.