Friday, 25 December 2015

Pencarian Tanah Lot

Pencarian tanah lot bungalow bermula beberapa tahun lepas dan tidak mengambil masa  yang singkat untuk menemui tanah yang sesuai. Tidak banyak tanah lot bungalow yang boleh didapati di Kuantan berbanding di Kelantan dan Terengganu. Sistem tanah yang agak susah di Pahang mungkin merupakan faktornya. Kos untuk pecah lot tanah di Kuantan terutamanya memakan kos yang amat tinggi. Premium yang harus dibayar kepada pejabat tanah untuk memecahkan satu ekar tanah pertanian kepada pecahan lot bangunan saja sudah mencecah puluhan ribu ringgit tidak termasuk kos-kos yang lain. Malahan pengeluaran geran bangunan pun memerlukan masa yag agak lama hinggakan boleh mencecah 8 ke 10 tahun.Hal ini membebankan kebanyakan orang-orang kampung untuk menukar status tanah mereka. Kebanyakan tanah yang di dijual di sini dalam bentuk tanah pertanian. Walaupun tanah pertanian pun masih boleh dibina sebuah rumah menggunakan pinjaman kerajaan, tapi kebanyakannya masih tidak sesuai untuk pembinaan rumah.Kebanyakan pegawai kerajaan telah mengambil jalan yang singkat dengan membeli sahaja rumah-rumah di taman perumahan disebabkan oleh kesukaran berikut. Hal ini berbeza di Kelantan dan Terengganu yang mana kebanyakkan nereka lebih gemar membina rumah mereka sendiri disebbkan oleh faktor urusan tanah yang mudah dan senang didapati.
 
Saya telah menemui beberapa tanah sesuai tetapi terpaksa dibatalkan memandangkan tanah tersebut pernah hadapi banjir. Banjir besar melanda Kuantan dan Kemaman tahun 2013 menyebabkan pemilihan tanah dibuat lebih berhati-hati.Ada beberapa faktor pemilihan tanah kami pertimbangkan seperti yang berikut:-
 
1. Geran tanah mestilah bersih. Maksudnya geran tanah individu yang melayakkan pinjaman kerajaan dibuat.Ada juga geran individu tetapi pemilik tanah adalah pemegang amanah sahaja akan merumitkan urusan pinjaman kelak.
 
2. Kawasan bebas banjir. Hal ini amat penting kerana amat terkilan jika kita berhabis ratusan ribu ringgit tetapi rumah kita duduki berada di kawasan banjir.
 
3.Struktur tanah yang baik .Tanah mestilah di kawasan yang mempunyai struktur tanah yang kukuh. Tapi tanah berpaya pun orang tetap boleh buat rumah yang penting buatlah ujian tanah agar semuanya baik.
 
4. Kemudahan infrastruktur yang lengkap berhampiran. Tapak lot lebih bersesuaian jika tidak terlalu jauh berada dari rumah-rumah kejiranan yang lain dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang lain.
 
5. Faktor kejiranan yang sesuai dan baik. Jiran memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan yang baik. Dapat jiran yang bermasalah mungkin akan menjejaskan hubungan kejiranan.
 
6. Melihat faktor naik dan turun  matahari di tapak lot. Sebaik-baik tapak adalah matahari naik sebelah pagi di depan ruang tamu dan turun di waktu senja di belakang rumah.
 
 

No comments:

Post a Comment