Thursday, 24 December 2015

Isu Lembaga Pembiayaan Perkhidmatan Sektor Awam (LPPSA)

Sejak akhir-akhir ini, saya begitu meneliti perkembangan isu LPPSA yang akan dikuatkuasakan pada 1.1.2016. Isu ini juga akan melibatkan saya memandangkan saya juga turut akan membuat pinjaman pembinaan rumah pada tahun hadapan. Pelbagai persepsi dilemparkan kepada LPPSA samada yg berasas dan dan tidak berasas. Sesetengah dari penjawat awam merasakan bahawa mereka tidak lagi mendapat keistimewaan pinjaman perumahan seperti di bawah BPP. Ringkasnya, maklumat LPPSA adalah seperti berikut:-
 
1.BPP akan diperbadankan menjadi LPPSA dan akan menjadi sebuah badan berkanun seperti LHDN dan sebagainya.
 
2. Walaubagaimanapun, Menteri Kewangan masih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap polisi LPPSA.
 
3. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk mengurangkn kadar keberhutangan kerajaan . Selepas ini, LPPSA bertanggungjawab untuk mendapatkan dana untuk memberi pinjaman kepada penjawat awam (lembaga pinjam daripada bank-bank) dan seterusnya bertangungjawab terhadap untung rugi lembaga itu sendiri.
 
4. Kadar faedah masih dikekalkan setakat ini adalah 4% dan penjawat awam masih menikmati kesitimewaan yang sebelum ini dinikmati di bawah BPP.
 
5. Segala urusan guaman hanya melalui Panel Peguam Lembaga sahaja kecuali S&P yang ditandatangi sebelum 31.12.2015 masih dibenarkan menggunakan peguam sendiri dengan kebenaran Lembaga.
 
Akibat daripada perubahan tersebut timbul beberapa isu di kalangan penjawat awam mengenai dengan penubuhan lembaga:
 
1. Penukaran BPP kepada LPPSA yang merupakan sebuah badan berkanun demi mengurangkan hutang kerajaan menimbulkan andaian di kalangan sesetengah pihak bahwa pihak kerajaan mulai melepaskan tanggungjawab sosial terhadap kakitangan awam. Lembaga bertanggungjawab terhadap pengurusan dan untung rugi mereka sendiri.Mereka bimbang keistimewaan mereka sebelum ini terjejas.
 
2.Urusan guaman yang hanya menggunakan panel peguam lembaga merupakan satu diskriminasi terhadap penjawat awam. Hal ini juga dibantah oleh Cuepac dan Bar Council. Urusan guaman sepatutnya lebih mudah dan cepat dengan peguam yang lebih dikenali penjawat awam dan mungkin mereka juga akan mendapat diskaun yang lebih tinggi daripada peguam yang dikenali.
 
3. Tiada apa2 jaminan yang kadar interest 4% akan dikekalkan sampai bila-bila. Bertindak sebagai sebuah badan berkanun dah tentu matlamatnya adalah keuntungan di dalam perniagaan yang akan menjaga duit Lembaga secara berterusan.
 
4. Penjawat awam masih kabur adakah kelulusan pinjaman dan amaun pinjaman yang akan diluluskan masih dipermudahkan seperti sebelum ini. Secara umumnya, sekarang amaun kelulusan pinjaman penjawat awam bergantung kepada potongan gaji tidak melebhi 60% di dalam slip gaji terkini tidak termasuk komitmen di luar slip gaji. Ini dianggap satu keistimewaan yg amat baik berbanding dengan pinjaman bank biasa.Dengan penubuhan Lembaga dikhuatiri jumlah kelulusan pinjaman dan amaunnya akan terjejas memandangkan Lembaga lebih dilihat sebagai sebuah entiti perniagaan berbanding dengan tanggungjawab sosial terhadap penjawat awam.
 
Walau apa2 pun masih ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap apa2 pengumuman yang selanjutnya.Cuepas telah mengambil langkah yang wajar untuk mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan terhadap beberapa ketidakwajaran yang dilihat di LPPSA.
Semoga perjalanan kita seterusnya akan lebih dipermudahkan..amiiin...

No comments:

Post a Comment