Wednesday, 23 December 2015

Harga Rumah Yg Semakin Malambung

Keinginan untuk memiliki rumah idaman sendiri terjadi apabila melihat kepada trend harga rumah di Kuantan sendiri yang mula meningkat naik secara mendadak sejak kebelakangan ini. Harga rumah teres secara umumnya di kuantan sejak setahun dua ini telah meningkat sekitar harga 200k hingga 280k yang dalam 5 ke 8 tahun lepas masih mudah didapati sekitar harga 100k hingga 180k.Manakala harga untuk perumahan semi D telah meningkat sekitar 300k hingga 400k yang dalam 5 ke 8 tahun lepas masih banyak didapati dalam 120k hingga 200k. Manakala rumah banglo sudah cecah jutaan ringgit bagi sesetengah kawasan prima. Tapi setakat ini rumah banglo di kawasan yang bukan elit yang berkeluasan dalam binaan 1800kp sahaja sudah boleh mencecah hingga 650k ke 750k.
 
Trend harga rumah di kuantan tidak menunjukkan trend penurunan yang ketara walaupun heboh dengan isu lynas satu masa dahulu. Dan kini heboh pula dengan berleluasanya isu perlombongan bauksit yang tidak terkawal di sesetangah kawasan.
 
Akibat daripada keadaan tersebut maka timbul inisiatif daripada saya untuk mula membina rumah kediaman sendiri yang lebih selesa dan luas tapi dengan harga yang lebih berpatutan. Walaubagaimanapun cabaran pertama yang harus ditempuhi adalah untuk mancari tanah lot untuk membina rumah itu sendiri.Rupa-rupanya sistem tanah di Pahang tidaklah sama dengan system tanah negeri Pantai timur yang lain seperti Kelantan yang merupakan negeri asal saya dan Terengganu.Sesungguhnya pembuat rumah di Kelantan dan Terengganu amat beruntung berbanding di Pahang. Sistem tanah di sana untuk pecah lot lebih mudah dan murah berbanding di Pahang. Patutla pembinaan rumah banglo oleh individu di dua buah negeri tersebut tumbuh bagai cendawan berbanding di Pahang terutamanya di Kuantan sendiri yang lebih perlahan.

No comments:

Post a Comment