Projek diteruskan dengan pemasangan tiles di semua ruangan rumah. Pembelian tiles juga melibatkan kos yang agak tinggi. Walaubagaimanapun,kos untuk belian dapat diturunkan jika membeli tiles reject atau grade 2. Terdapat pelbagai jenama tiles di kedai2 dan jenama dari Malaysia seperti White Horse,MLM,Venus dan lain-lain. Sekarang ni,banyak kedai tiles mula menjual tiles daripada China seperti Mudda. Tiles import dari China sesetengahnya lebih murah dari jenama tempatan. Sekiranya pemilik gemar tiles yg bercorak cerah atau gelap kurang kilat boleh menggunakan jenama white horse dan lain2. Tapi sekiranya pemilik gemar tiles yg lebih bercorak dan berkilat atau glazed boleh menggunakan jenama Mudda dari China. Kos pembelian tiles untuk rumah ini lebih kurang 17K.
Tiles Mudda dari China harga RM15.50 untuk ruang dalam rumah
Tiles hiasan ruang tamu 4×6 harga RM1200
Tiles hiasan ruang tamu 2 harga RM660.00
Pebble wash untuk porch RM15 perbag
Tiles untuk bilik air RM2.10 skpg
Tiles kuning 1×1 untuk lace di tepi dinding RM1.90 skpg
Ruang dapur yang hampir siap
Ruang di bilik air 3