Tuesday, 28 August 2018

KERJA-KERJA PENDAWAIAN

Kerja-kerja pendawaian telah mula dilakukan secara berperingkat sejak bulan lepas lagi. Wayering dilakukan terlebih dahulu sebelum syiling kapur dipasang. Ini bagi memudahkan kerja menarik wayar kerana agak sukar bagi electrician untuk berpijak di atas kekuda besi. Untuk rumah saya menggunakan 3 phase wayering dan terdapat 2 DB Box yg terlibat. Kedudukan plug,suis,poin lampu,poin kipas,poin aircond,ventilating fan dan sebagai perlu difikirkan terlebih dahulu sebelum dinding diplaster. Ringkaan kos bagi setiap poin adalah seperti berikut:
1.poin lampu :-RM60
2. poin aircond:-RM160
3. plug: RM50
4. poin kipas :-RM65






Friday, 8 June 2018

PEMASANGAN FRAME TINGKAP DAN PINTU

Kerja-kerja pemasangan frame tingkap telah dilakukan semalam. Untuk rumah ini saya menggunakan frame tingkap aluminium. Bagi kebanyakan rumah, frame dan cermin tingkap juga memainkan peranan penting untuk menaikkan seri rumah dan sudah tentu ia juga bergantung kepada budget pemilik rumah itu sendiri. Survey untuk frame dan tingkap saya telah lakukan lebih awal memandangkan ia juga melibatkan kos yang agak tinggi. Saya telah memilih kedai frame di Kemaman Terengganu yang dapat memberikan harga yang lebih murah. Secara umumnya, frame tingkap dapat dikelaskan kepada 3 kategori seperti berikut:-
1.barang projek
2.normal 
3.frame coated putih atau hitam
Manakala cermin juga ada yg normal dan yg lebih mahal seperti warna flourescent serta reflective.
Untuk rumah ini saya telah menggunakan frame coated hitam dan cermin reflect warna solar blue. Ketebalan cermin pula terdapat dalam 2 jenis iaitu 5mm yang biasa dan 6mm. Warna untuk cermin 6mm adalah lebih terang dan reflective brbanding dengan 5mm dan sedikit mahal. Kos unk frame tingkap dan cermin 6mm solar blue untuk keluasan 798 sq adalah lebih kurang RM20500 dengan mengambil kira RM24 sekaki untuk tingkap dan RM22 untuk sliding door. Dengan pemasangan frame tersebut peratus kesiapan rumah adalah sebanyak 55% berdasarkan Jadual G.

    Tukang menggunakan imbangan timah unk
                  pemasangan frame tingkap


 Frame dibuat berdasarkan ukuran sebenar                                         tingkap


Pintu utama rumah 8 x 6 kaki menggunakan kayu seraya 



Thursday, 24 May 2018

PEMASANGAN ATAP

Projek diteruskan dengan pemasangan atap genting. Atap yang ditempah telah sampai ke tapak rumah beberapa hari yang lepas. Atap genting telah dibeli melalui kilang monier yang terletak di Gambang,Kuantan. Saya menggunakan atap concrete monier advanced contour red. Pembelian atap dan aksesori telah dilakukan seperti berikut:-
1. Atap: 4200 keping  x RM2.32: RM9744
2. Rabung: 180 keping x RM11.37: RM2046.60
3. Starter : 12 keping x RM23.97: RM287.64
4. 3 way : 1 kpg x RM39.97
5. 4 way: 2 kpg x RM58.17 :RM116.34
              JUMLAH: RM 12234.00(termasuk GST)

Tambahan atap :- 576 keping (beli di hardware RM2.80 sekeping)
= RM1700.00
Tambahan rabung:- 140 keping(beli di hardware RM12.50 sekeping)
=RM1750.00



      Kayu pemanis terlebih dahulu dipasang

Pandangan di dalam rumah



      Atap yg dihantar dalam bentuk pallete







KERJA TEBUK DINDING

Beberapa minggu lepas kerja-kerja menebuk dinding telah mula dilakukan unk pemasangan batang paip wayar elektrik. Upah tebuk dinding dikira termasuk di dalam kos pemasangan wiring rumah. Pada masa yang sama kerja tebuk dinding  juga dilakukan untuk pemasangan batang paip air di bilik-bilik air.
Batang paip air yg dipasang di bilik air


                 Kerja-kerja menebuk dinding

             Batang paip wayering yg ditanam



Tuesday, 1 May 2018

MENAIKKAN BUMBUNG

Alhamdulilah..Setakat ini projek masih berjalan lancar dan proses seterusnya adalah menaikkan bumbung rumah. Bumbung besi dan bumbung kayu masing-masing mempunyai kelebihannya Walaubagaimanapun,untuk rumah ini saya telah menggunakan bumbung besi disebabkan kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Harga kayu yg agak berkualiti untuk pemasangan bumbung juga mengalami peningkatan yang amat ketara di sekitar Kuantan. Pembelian besi telah dilakukan di kilang besi berhampiran seperti yg berikut:-

1.  Besi Truss C G.I 0.75mm RM23.00 seunit
     250 unit ( satu batang 6m pnjg)

2.  Batten V RM13.00 seunit
      250 unit unit (satu batang 6m pnjg)
                                                 JUMLAH:RM9540.00
3. Skrew 6 bungkus (1 bgkus RM40)= RM240.00
4. Papan pemanis campuran fibre 34 kpg(1 kpg RM23)=RM782.00

Kekuda besi dipasang terlebih di bawah sebelum dibawa naik.

Longgokan besi truss 










Thursday, 19 April 2018

BINAAN PORCH DEPAN

Beberapa hari lepas,tukang sudah menyiapkan binaan porch di depan rumah. Binaan porch yg agak panjang memerlukan tempoh yg lebih lama untuk disiapkan. Tambahan belian telah dilakukan seperti berikut:
1. Kayu 1×2/ 2×2/2x3
2. Besi Y10 30 btg =RM18 sebatg
3  Besi brc A8 16 kpg (6 x 12)=RM60 sekepg
4. Besi brc A10 26 kpg (6 x 12)=RM90 sekepg
5. Plywood 12mm 40 keping=RM55 sekeping
6. Simen ready mix 19 meter padu=RM190 semeter padu








Monday, 2 April 2018

TIMBUNAN TANAH RIZAB

Seminggu dua ni tukang hanya menyiapkan retaining wall untuk menimbun tanah rizab parit di belakang rumah. Tanah yg curam perlu ditimbun dan retaining wall setinggi lapan kaki telah dibina. Bolehlah nanti digunakan sikit2 untk bercucuk tanam.
Sebanyak 9 buah lori tayar 6 digunakan untuk menimbun
            8 pallet bata simen digunakan.
         Ada lagi lebihan tanah dalm 30 kaki