Tuesday, 4 December 2018

TEMPAHAN GRILL RUMAH

     Memandangkan rumah mula memasuki fasa finishing tempahan grill telah dibuat. Harga grill rumah sekarang ni pun mula meningkat dengan ketara disebabkan oleh kenaikan harga besi.
    Grill rumah juga trdapat beberapa jenis dan bergantung kepada budget tuan rumah. Grill yang mempunyai bunga dan berdesign adalah lebih mahal daripada grill garis biasa. Antara jenis-jenis grill:-
1. Mild steel:- adalah yang paling biasa digunakan. Harga lebih murah bergantung juga kepada ketebalan dan lebih mudah berkarat.

2. Wrought Iron:- besi yang lebih kuat dan tidak mudah berkarat.

3. Stainless steel

4. Aluminium

     Untuk rumah ini,saya telah menggunakan mild steel sahaja. Walaubagaimanapun kos makin bertambah apabila grill tersebut diletakkan sedikit ukiran bunga dan coated. Coated bermaksud grill-grill itu akan dimasukkan ke dalam oven khas yg akan mmberi lapisan berwarna kepada grill tersebut. Grill yg coated akan lebih  berkilat dan tahan kepada karat brbanding dengan grill yang hanya cat metal gloss. Harga grill coated di sekitar Kuantan dalam RM14 hingga RM20 sekaki. Saya telah menempah grill tersebut di Kuala Berang dengan harga RM12 sekaki.

Antara pilihan warna grill coated

Contoh lakaran grill



Thursday, 22 November 2018

KERJA-KERJA MENGECAT

      Kerja-kerja mengecat mula dilakukan setelah kerja-kerja longkang dan mainhole mula siap. Banyak jenama-jenama cat yg di luar sana dengan pelbagai pilihan warna. Cat-cat tersebut juga mempunyai kualiti yang berbeza. Ada yang mengatakan cat Dulux ICI adalah yang terbaik dan padan dengan harganya. Manakala cat-cat yang kualiti hmpir setara seperti nippon, jotun dan kansai. Pandangan sesetengah orang,tapi kalau guna cat biasa jer pun tapi tukang cat memang pandai tetap nampak cantik Untuk rumah ni saya telah menggunakan cat Jotun. Sebab rumah saya sekarang menggunakan cat Jotun. Warnanya masih baik walaupn dah lebih 10 tahun. Saya telah membeli cat tersebut di store Jotun di Kuantan. Harga di store adalah lebih murah berbanding belian dengan dealer di hardware. Manakala belian cat adalah lebih jimat dalam kuantiti yang lebih banyak. Contohnya cat Majestic Interior White RM300 untuk 20L kerana stok ready made diambil terus dari kilang tetapi harga 15 liter cat sama harga RM360 sebb 15 liter tu perlu diproses melalui mesin  Berikut adalah harga beberapa belian cat saya:-
1. 20 liter undercoat luar JS Primer RM195
2. 20 liter undercoat RM85
3. 20 liter cat syiling kapur kilat RM300
4. 5 liter cat warna dalam Majestic  RM142
5. 20 liter cat putih luar RM340

kerja mengecat dimulakan dengan mengecat syiling kapur


Dinding dicat dengan undercoat terlebih dahulu




Sunday, 11 November 2018

RENDER LANTAI

Projek diteruskan dengan kerja-kerja render lantai. Dengan kata lain,lantai rumah perlu disimen sekali lagi dengan lebih rata dan licin untuk proses pemasangan tiles kemudian nanti. Alhamdulilah,setakat ini simem masih dapat dibeli dalam harga RM14 ke 14.50 satu bag. Pembinaan rumah selepas pemansuhan GST agak beruntung malahan kerajaan tidak mengenakan cukai SST bagi barangan pembinaan asas rumah seperti simen,bata,besi,longkang dan sebagainya. Sudah tentu kita mengharapkan pasaran rumah di luar sana selepas ini menjadi lebih murah yg mana hal tersebut belum menjadi realiti.






Friday, 26 October 2018

PEMBINAAN LONGKANG DAN SALURAN MAINHOLE

 Pembinaan longkang dan saluran mainhole ke tangki septik telah dilakukan bersama dengan pemasangan syiling kapur. Terdapat 2 jenis lo ngkang iaitu longkang tanah dan konkrit. Longkang tanah adalah lebih tahan berbanding konkrit dan sedikit mahal Sebanyak 200 longkang tanah berukuran lebih kurang 2 kaki dan dalam 9 inci telah dibeli dngan harga RM5 persatu. JCB telah disewa satu hari dengan kos RM450. Lubang saliran untuk longkang, saluran pembentungan dan footing pagar telah dikorek sekaligus. Sehingga kini,tahap kesiapan projek adalah 80% berdasarkan jadual G.


Kaki lima yang disimen


Batang paip saluran mainhole

Longkang disusun dan disukat
Mainhole yang telah siap

Sambungan pada mainhole

Longkang yang telah siap

PEMASANGAN SYILING KAPUR

   Alhamdulilah ..projek masih berjalan dengan pemasangan syiling kapur di semua ruangan rumah. Maka dengan ini,rumah telah mula memasuki fasa2 finishing. Memang benar kata orang, fasa finishing akan lebih mencabar jiwa dan raga sebab kita perlu mengawal di antara kemampuan budget dan kemahuan sendiri.  Secara amnya,bahan syiling kapur yang berwarna putih adalah yg paling murah. Harga akan sedikit meningkat unk barangan yang berwarna tapi akan berlipat kali ganda  harganya unk produk yg berwarna gold. Ada barangan yang telah dibeli dalam tempoh zero GST. Walaubagaimanapun,barang2 yang dibeli selepas SST mula mengalami peningkatan harga. Antara barangan dan senarai harga keperluan syiling kapur adalah seperti berikut:-

1. papan syiling kapur tebal 9mm (4x6):-RM10.80
2. cornice bunga putih panjang 7.5 kaki :- RM5.60
3. rose centre putih 620x 620= RM40.00
4. L-box 4 x6 =RM9.60
5. cornice bunga gold panjg 7.5 = RM62
6. beading bunga gold
7. besi zinc bar 32 mm=RM2.40
8. besi zinc bar 34 mm=RM2.80
9. besi zinc bar 30 mm=RM2.10
10. fiber glass=1 kg RM7.00
11. casting 25kg prbag=RM16.00
10. main dome
11. Rim
12. centre ros
13.paku konkrit
14.dan lain2.
Papan syiling kapur di tapak

Besi untuk skirting

Himpunan cornice dan beeding

gold centre rose

Tukang memasang syiling kapur di bilik.


Skirting mula dipasang sebelum syiling kapur

L-box untuk ruang tamu 1

Ruang tamu 2

Ruang porch

Ruang TV/Ruang tamu 3 yg hampir siap




Bahagian makan di ruang tamu 2

Ruang galleri

Ruang dapur




Tuesday, 28 August 2018

PLASTER DINDING

Beberapa minggu lepas, kerja-kerja render slab dan plaster dinding mula dilakukan. Plaster dinding memerlukan penggunaan campuran pasir halus,simen dan plaster kapur. Saya juga menggunakan skim coat di ruangan dalam rumah agar dinding menjadi lebih licin dan rata. Bucu-bucu rumah juga menggunakan corner bead agar dapat dibentuk dengan lebih baik. Slab untuk porch dan beranda juga telah dilapis dengan waterproof simen sebelum dirender. Dianggarkan sebanyak 200 ke 250 bag simen diperlukan untuk kerja2 plaster dinding dan render lantai Harga bagi keperluam plaster dinding dan slab adalah seperti berikut:-
1. pasir halus: RM300 (satu lori 6 tayar)
2. plaster kapur RM280 ( 1 bundle 100 bag)
3. skim coat (halus dan kasar) : RM26 satu bag
4. waterproof simen RM100 satu set
5. corner bead :RM1080(360 kpg x RM3.00 sebatan)
6. simen RM14.50 satu bag

                 Ruangan porch yg mula diplaster


Tukang memasang corner bead di bucu tingkap











Ruangan famili

Rumah yang telah siap diplaster